Wednesday, April 4, 2018

Mr. Grey (Astro Ria)

Mr. Grey astro ria


Nantikan drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil yang akan ditayangkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Dibintangi oleh Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Riza Baharudin. Akan menemui penonton mulai 9 April nanti di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

JUDUL : MR. GREY
TARIKH TAYANGAN : 9 April 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam 
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Fauziah Ahmad Daud, Farah Nabilah

WATAK PELAKON 
Fendy Bakry sebagai Mr.Grey
Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina
Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad
Lisdawati sebagai Datin Musalma
Gambit Saifullah sebagai Mr Red
Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah

SINOPSIS MR. GREY
Mengisahkan Mr.Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?

No comments:

Post a Comment